UTHM,9 Nov - Lebih kurang 100 orang mahasiswa UTHM
menghadiri upacara solat jenazah untuk seorang
pensyarah UTHM yang baru sahaja meninggal dunia petang
tadi. Allahyarham Tengku Mohd Andri (50-an), seorang
pensyarah subjek Matematik Kejuruteraan telah
meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.
Menurut sumber, beliau yang berasal dari Indonesia,
meninggalkan seorang balu yang juga berasal di
indonesia dan 3 orang anak. Selain mahir dalam bidang
matematik, beliau juga merupakan seorang pensyarah
yang pemurah dan berpengetahuan am yang tinggi. Dengan
personalitinya yang peramah, beliau sentiasa bercerita
kepada pelajarnya semasa di dalam kelas. Sesi
pengajarannya yang selalu menunjukkan contoh
penyelesaian soalan menggunakan OHP juga disenangi
pelajarnya kerana ia dapat membantu dari segi
kefahaman mereka.
Jenazah beliau bakal diterbangkan ke Medan, Indonesia
pada esok pagi untuk dikebumikan disana. Semoga ahli
keluarga beliau dapat menerima pemergiannya dengan
tabah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan
ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin..
sumber : http://promahasiswa uthm.blogspot. com/2008/ 11/perginya- seorang-pendidik -di-uthm. html
Posted by
Mahasiswa Malaysia
on
8:11 AM
Labels:
Jasa dikenang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment