Kenangan perit Tahun 2 semester 2 (2007/2008) masih bermaharajalela dalam benak jiwaku. Kenangan itu masih tidak dapat ku lupakan dan di biarkan, kerana pengalaman semester seterusnya berulang kembali. Aku tertanya-tanya apakah kesilapan yang ku telah buat sehingga ku menerima balasan seteruk ini. Adakah ini mungkin satu ujian dari Allah SWT kepada hambanya yang hina ini. Aku sungguh menyesal dengan perbuatanku yang lepas, tetapi aku masih tidak dapat memperbaikinya lagi. Adakah aku masih tidak tahu arah tujuku atau mungkin ada hikmah disebalik kegagalan ku ini. Ya Allah hamba Mu ni menyesal diatas kesilapan yang telah hamba Mu buat selama ini. Adakah mungkin ini merupakan satu amaran yang sangat keras agar aku memperbaiki diri aku dahulu sebelum memperbaiki diri orang lain.
Satu kenangan yang tidak boleh aku lupakan sepanjang hayatku, disebabkan kesilapan hanya satu semester kesan nya sungguh mendalam kepada perancangan jangka panjangku. Adakah aku ini masih belum diberikan hidayah daripada Nya. Ataupun mungkin aku masih lalai dengan permainan dunia. Ya Allah ya tuhanku sekatkan lah hatiku dengan hati Mu, aku sekarang pasarah dengan apa yang aku terima akibat kesilapan yang sudah ku buat selama ini.
Sememangnya pembelajaran memberi ku satu pengajaran dalam bebak jiwaku. Aku benar-benar keseoranagn sekarang, tidak siapa yang dapat memahami diri ku ini
Posted by
Mahasiswa Malaysia
on
11:36 PM
Labels:
Perasaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment