Showing posts with label Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Perasaan. Show all posts
Posted by Mahasiswa Malaysia on 11:36 PM
Labels:

Kenangan perit Tahun 2 semester 2 (2007/2008) masih bermaharajalela dalam benak jiwaku. Kenangan itu masih tidak dapat ku lupakan dan di biarkan, kerana pengalaman semester seterusnya berulang kembali. Aku tertanya-tanya apakah kesilapan yang ku telah buat sehingga ku menerima balasan seteruk ini. Adakah ini mungkin satu ujian dari Allah SWT kepada hambanya yang hina ini. Aku sungguh menyesal dengan perbuatanku yang lepas, tetapi aku masih tidak dapat memperbaikinya lagi. Adakah aku masih tidak tahu arah tujuku atau mungkin ada hikmah disebalik kegagalan ku ini. Ya Allah hamba Mu ni menyesal diatas kesilapan yang telah hamba Mu buat selama ini. Adakah mungkin ini merupakan satu amaran yang sangat keras agar aku memperbaiki diri aku dahulu sebelum memperbaiki diri orang lain.

Satu kenangan yang tidak boleh aku lupakan sepanjang hayatku, disebabkan kesilapan hanya satu semester kesan nya sungguh mendalam kepada perancangan jangka panjangku. Adakah aku ini masih belum diberikan hidayah daripada Nya. Ataupun mungkin aku masih lalai dengan permainan dunia. Ya Allah ya tuhanku sekatkan lah hatiku dengan hati Mu, aku sekarang pasarah dengan apa yang aku terima akibat kesilapan yang sudah ku buat selama ini.

Sememangnya pembelajaran memberi ku satu pengajaran dalam bebak jiwaku. Aku benar-benar keseoranagn sekarang, tidak siapa yang dapat memahami diri ku ini

Posted by Mahasiswa Malaysia on 11:32 PM
Labels:



Saban masa....saban waktu ...saban ketika.....ku asyik memikirkan tugas yang masih belum selesai diulit perasaan yang begitu menebal dengan kerunsingan menyelesaikan masalah dunia yang tidak akan pernah tamat walaupun tirai malam melabuhkan tirainya. Namun diketika sahabat-sahabat yang lain leka bermain dan bergembira. Ku disini bingung dengan tugas yang di amanahkan kepadaku untuk dilaksanakan. Mengapa perlu dibebani dengan pelbagai macam masalah.

Tahap tekanan yang ku tempuhi selama ini tidak tertahan lagi dan ku tidak tahu dimana tempat untuku melepaskan geram. Namun demikian aku terpaksa tempuhi jua ranjau yang berduri ini untuk memiliki sehelai kertas yang tidak bernilai tapi ia paling berharga dimata masyarakat. Mengapa kemanisan itu cukup sukar untuk dicapai dan sangat perit untuk diungkap. Mengapa sehingga hari ini aku masih lagi bersusah payah sedangkan rakan-rakan sekolahku dahulu sudah pandai bekerja. Mereka tidak merasa begitu tertekan dengan dugaan yang dialami dan cukup mudah ditempuhi. Tetapi ranjau yang ku lalui cukup mencabar. Hanya Tuhan ku berserah. Ya Allah Bantulah aku.

Search