Posted by Mahasiswa Malaysia on 9:04 AM
Labels:

Projek Sarjana Muda atau lebih dikenali Projek Separuh Mati merupakan subjek killer bagi sesetengah pelajar khususnye bagi pelajar tahun akhir. Ini kerana ia memberi pengalaman kepada semua pelajar mengaplikasikan pembelajaran yang dikuasai selama 6 semester berada di universiti. Pada khamis yang lalu semua pelajar yang mengambil subjek PSM 1 bagi fakulti kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) diberikan taklimat mengenai subjek ini. Gerun juga rasa hati selepas dipecahkan mengikut penyelia yang telah ditetapkan.


Aku diberikan penyelia yang ku sangat kenali kerana pada semester 4 die telah mengajarkan ku Digital Electronik. Huh best juga la tapi agak gementar dengan tajuk yang diberikan. Tajuk berkisar kepada rekabentuk dan simulasi terhadap shear stress dengan menggunakan flow control. Mula2 agak pening sebab tajuk tersebut baru pertama kali didengar sejak belajar di UTHM ini. Sesuatu benda yang agak baru tetapi aku rasa beruntung kerana mendapat tajuk ini kerana tajuk ini lebih familiar kepada penyeliaku. Insyallah aku berharap dengan tunjuk ajar yang diberikan dapat membantu aku dalam menjayakan projek aku ini.

Sambil itu penyelia aku menyelia juga 2 rakan seangkatan dengan aku ni. Tapi terdapat 1 org lagi bakal menjadi student tambahan kepada penyelia aku. Sapa lagi kalau bukan Noor Saimidatul Said huh, die punya tajuk memang mantap, maklumlah lepas diploma then ader pengalaman kerja dalam bidang Micro Electronic ni. Terkedu aku bila die yakin untuk mebuat projek berkisar designing nMos dan pMos. Bestnyer die dapat masuk clean room kan. Dapat pakai baju angkasawan tu.

Search