Posted by Mahasiswa Malaysia on 9:04 AM
Labels:

Projek Sarjana Muda atau lebih dikenali Projek Separuh Mati merupakan subjek killer bagi sesetengah pelajar khususnye bagi pelajar tahun akhir. Ini kerana ia memberi pengalaman kepada semua pelajar mengaplikasikan pembelajaran yang dikuasai selama 6 semester berada di universiti. Pada khamis yang lalu semua pelajar yang mengambil subjek PSM 1 bagi fakulti kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) diberikan taklimat mengenai subjek ini. Gerun juga rasa hati selepas dipecahkan mengikut penyelia yang telah ditetapkan.


Aku diberikan penyelia yang ku sangat kenali kerana pada semester 4 die telah mengajarkan ku Digital Electronik. Huh best juga la tapi agak gementar dengan tajuk yang diberikan. Tajuk berkisar kepada rekabentuk dan simulasi terhadap shear stress dengan menggunakan flow control. Mula2 agak pening sebab tajuk tersebut baru pertama kali didengar sejak belajar di UTHM ini. Sesuatu benda yang agak baru tetapi aku rasa beruntung kerana mendapat tajuk ini kerana tajuk ini lebih familiar kepada penyeliaku. Insyallah aku berharap dengan tunjuk ajar yang diberikan dapat membantu aku dalam menjayakan projek aku ini.

Sambil itu penyelia aku menyelia juga 2 rakan seangkatan dengan aku ni. Tapi terdapat 1 org lagi bakal menjadi student tambahan kepada penyelia aku. Sapa lagi kalau bukan Noor Saimidatul Said huh, die punya tajuk memang mantap, maklumlah lepas diploma then ader pengalaman kerja dalam bidang Micro Electronic ni. Terkedu aku bila die yakin untuk mebuat projek berkisar designing nMos dan pMos. Bestnyer die dapat masuk clean room kan. Dapat pakai baju angkasawan tu.

Posted by Mahasiswa Malaysia on 1:13 AM



Assalamualaikum kepada pembaca blog ini

Hurm Cuti semester kali ini dianggap cuti paling sedih dalam hidupku. Ini kerana cabaran dan kesusahan terpaksa ku lalui sepanjang cuti ni. Di permulaan amat best, namum di pertengahan amat menyakitkan dan diakhiri dengan kebosanan. Kalau korang nak tahu sem first time aku dapat masuk hotel 5 bintang kat Malaysia ni tau hurm tp kat melaka jer Hotel A'Famosa Resort jer. Nak tahu pengalaman paling memeranjatkan ialah harga air tin kat sana adalah RM 5. Terkejut betul harga berkali ganda dari apa yang dijual dipasaran. tp walaubagaimanapon aku beli air kat luar.

Then habis jer program aku terlibat dengan Bakti Siswa Akademik 2009(Bisik 09).Masa Program tu aku ditugaskan untuk mereka banner,tag,dan pamplet. Hurm amat menyeksakan sangat, sebab kena selesaikan kerja dalam masa 3 hari jer huhu.

Posted by Mahasiswa Malaysia on 7:35 AM


assalmualaikum kepada semua para graduan IPT dan bakal graduan IPT yang ingin mencari peluang pekerjaan atau latihan industri di Laman Blog ini saya menyediakan anda sebilangan laman web mencari pekerjaan dan mencari tempat mengendalikan Latihan Industri anda (LI). kebanyakkan daripada kita gusar kerana peluang pekerjaan semakin sengit zaman sekarang. Dengan adanya laman web2 ini memudahkan kita mencari kerja.



Intership Malayisia ialah laman web bagi mengakses tempat untuk melakukan Latihan Industri (LI) yang dipromosikan mengikut bidang para graduan.














Jawatanosong. biz pula memudahkan penggna untuk mencari peluang pekerjaan di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam

Posted by Mahasiswa Malaysia on 7:07 AM




Career

With a string of successes in the semiconductor industry, currently UNISEM has close to 8,600 employees who contribute to our company's continuous success. They are the ones who develop ideas and innovation and ensure highest standard in quality products, facilities and services - under a working environment which is dynamic, conducive and team-oriented.

Core Values

Values are the basics of our employee-employer relationships as well as business relationships. At UNISEM we have built such relationships on Teamwork, Commitment, Trust, Pro-activeness and Caring.


Industrial Relations

In line with our Company's motto: WE CARE, WE CAN, employees at UNISEM are acknowledged as assets to the Company. In this regards, Employees Survey and Management-Employees dialogues are platforms to foster continuous industrial harmony in the Company.

Jobs

The continuous driving force for growing UNISEM lies in people who identify themselves with our Company, its objectives and values. To guarantee long-term success, we are always looking for committed people with leadership competency and passion for innovation and quality. Please click here to view Current Job Vacancies. For the new graduate, the Qualification Requirement Chart will assist you to forward your application.

Industrial Trainees

Every year, UNISEM takes on industrial trainees and provides them placement in various functions such as Assembly, Product Testing, Quality Assurance, Engineering, Maintenance, Finance, Management Information Systems and Human Resources. In additional to earning some daily allowance, trainees are provided with opportunity in associating their academic learning with on-the-job work requirements. Please click here to submit your application.


Contact Info

USA Regional Offices

California Office
1284 Forgewood Avenue
Sunnyvale, CA 94089
U.S.A.
Phone: 1-408-734-3222
Fax: 1-408-734-3274

Arizona Office
20 East University Drive, Suite 208
Tempe, AZ 85281
U.S.A.
Phone: 1-480-967-9318
Fax: 1-480-967-9328

Massachusetts Office
Phone: 1-978-302-6495

Email: info@unisemgroup.com

Europe Regional Offices

Germany Office
Stefan-George-Ring 29
D-81929 Munich
Federal Republic of Germany
Phone: 49 (0)89 93086202
Fax: 49 (0)89 9305184

Wales Office
Parkway, Pen-y-Fan Industrial Estate
Croespenmaen, Crumlin
Gwent South Wales
United Kingdom, NP11 3XT
Phone: 44 (0)1495 242 404
Fax: 44 (0)1495 242 441

Regional Representatives

Korea Rep. Office
P & L Co., Ltd.
#1201, Windstone B/D,
275-2, Yangjae-dong,
Seocho-Gu, Seoul, 137-722, Korea
Phone: 82-2-3462-3660
Fax: 82-2-3462-3644

Japan Rep. Office
Cubic Micro, Inc.
Innotech Bldg. 7F
3-17-6 Shin-Yokohama Kouhoku-ku
Yokohama-shi, 222-0033, Japan
Phone: 81-45-474-1052
Fax: 81-45-474-1053

Asia Regional Offices

Ipoh Office
No. 1, Persiaran Pulai Jaya 9
Kawasan Perindustrian Pulai Jaya
31300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Phone: 605-357-2800
Fax: 605-357-2600

Singapore Office
No. 1 Maritime Square
#09-80 Harbour Front Centre
Singapore 099253
Phone: 65-6735-8066
Fax: 65-6735-8077

Posted by Mahasiswa Malaysia on 10:44 PM

Seungkai Madah Seindah Bahasa

















Setulus Hati Seikhlas Nurani

Posted by Mahasiswa Malaysia on 10:27 PM

Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:
- makan buah sebelum makan nasi
- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa
- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan
- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung
- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)

Baca artikel di bawah… Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannya
sedang umat Islam sendiri mengabaikannya.

Wassalam

Baca… Renung… Fikir… Bertindak!
Based on true story...

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya…, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau
melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma beberapa sen US! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah ratusan juta orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Posted by Mahasiswa Malaysia on 5:42 AM

Ayah : Nah! ayah berikan kamu sehelai kain putih untuk kamu ..

Anak : Terima kasih ayah.... tapi kenapa ayah berikan kain putih ini
kepada saya

Ayah : Jagalah dia baik2 ,bawalah ia kemana2 pun kamu pergi dan
andainya ayah masih hidup menjelang umur kamu yg ke 40
tunjukkan kembali kain ini kepada ayah.

Anak : Baiklah ayah

Masa berlalu dengan pantas.... kini si anak tadi sudah dewasa.....
menjelang umur si anak 40tahun maka dia pergi menziarah ayahnya yang
sedang sakit dan menunjukkan kain putih pemberian ayahnya
dulu....siayah melihat kain tersebut telah kusam,tidak
terurus,bertompok kelabu,tompok gelap tidak seperti keadaan semasa
kain tersebut diberikan kepada anaknya dahulu.....

'kamu tahu aiman..... apakah maksud pemberian kain putih ini dahulu
kepada mu'....soal si ayah. 'sebagai amanah ayah untuk aiman
jaga dan bawa kemana2 aiman pergi seperti mana ayah pesan dulu..
betul.. balas siayah....tapi kenapa keadaannya tidak seputih dulu..
soal ayahnya kembali...'memanglah ayah....keadaan masa dan
persekitaran tempat telah membuatkan kain itu kotor dan tidak seperti
sebelumnya'...balas si anak

'Tapi ayah.....kenapa ayah minta aiman tunjukkan semula kain ini
kepada ayah setelah aiman berusia 40 tahun?' ' aiman.....usia 40
tahun adalah permulaan perjalanan hidup seorang mukmin dan umur ini
adalah permulaan perjalanan seseorang itu menuju kejayaan ataupun
kehancuran....' umur 40 tahun juga menandakan seseorang itu telah
matang dan boleh menerima sesuatu buah fikiran dengan tenang dan
bersedia..' ujar si ayah.

'Kain putih itu ..... ibarat IMAN dan kita......anugerah ALLAH yang
sangat bersih dan suci diamanahkan kita supaya membawa kemana2
jaga dan peliharalah ia dari kekotoran.......selama hayat kita hingga
kita harus memulangkan semula hak ALLAH apabila kita dipanggil
menghadapNya satu hari nanti.....apakah nanti kain itu akan seperti
keadaan asalnya bersih dan putih atau bagaimana?' si ayah mulai
berbicara...

'tapi ayah...mana mungkin seperti keadaan asalnya' 'betul!' balas si
ayah............tapi adakah kita berusaha untuk menjaga kain tersebut?

selamatkan ia dari kekotoran?...'bagaimana ayah"' 'hmmmm...bilaslah
kain itu dengan wudukmu,bilaslah lagi 5 kali sehari sebagaimana kamu
mengambil wuduk sehingga hilang kekotorannya,sempurnakan segala rukun
yg wajib baginya jika masih ada tompok kotornya bilaslah pula dengan
zikir,sunatnya,taubatnya... umpama sabun dan pewangi ulangilah lagi
setiap hari' . ' ayah bagaimana kalau masih tertinggal juga kotornya'
ujar aiman masih inginkan jawapan...'itulah 'nar' - bermaksud api
neraka......' na'auzubillah.... tercenang si anak mendengarnya...

Kesimpulan taskirah :

IMAN itu seperti sehelai kain putih setiap hari hendaklah
dipelihara,janganlah dikotorkan,dilemparkan,di sepah-sepahkan hingga
akan mengotorkan kain tersebut...jika kotor,bersihkanlah semula,kotor
lagi bersihkan lagi begitulah.hingga kita di panggil semula kepadaNya
untuk memulangkan kain putih tersebut.....kalau masih bersih
(sungguhpun tidak seperti asal) alhamdullilah,insyallah rahmat ALLAH
meliputi ,tetapi AWAS jika langsung tercemar mana mungkin kemuliaan
itu akan dicapai.



Apa yang saya tulis disini hanya mengikut setakat apa yang saya
fahami dan ingati semasa siri taskirah tersebut.. insyallah,buat para
pembaca yang sudi membaca tulisan saya ini terima kasih..... mudah-
mudahan kita semua beroleh sedikit manafaat darinya...TM terima kasih
sebab menyiarkan tulisan saya

wasallam.

Search