Melihat senior ku yang terumbang-ambing di dunia luar memberi kesedaran kepada diriku ini untuk melakukan sesuatu perubahan paling drastik untuk masa depan ku nanti. Pencapaian akademik semakin tidak bernilai dimata syarikat-syarikat kejuruteraan yang semakin hari lumpuh dek kemelesetan ekonomi. Wajarkah fenomena ini berlaku kepada semua bakal-bakal jurutera yang sudah bertungkus lumus untuk mempelajari Ilmu demi segenggam Ijazah. Patutkah usaha mencari ilmu ni wajar berkubur begitu sahaja tanpa diadaptasi atau diamalkan demi kemajuan sejagat. Tempias kegawatan ekonomi memaksa syarikat gergasi membuang sejumlah 200,000 pekerja setahun demi menampung kos kerugian akibat kekurangan hasil pendapatan penghasilan produk. Pada masa yang sama tempias ini terpalit juga kepada graduan-graduan yang baru hendak bertatih dalam sepak terajang kehidupan yang begitu mencabar. Wajarkah segulung ijazah hanya mampu menggulung tikar syarikat-syarikat gergasi?
Dimensi pemikiran mahasiswa jelas dan nyata, mereka bukan memilih sangat kerja namun apakan daya peluang pekerjaan semakin kurang menyebabkan ramai diantara mereka menganggur. Usahawan...??....satu pendekatan yang terbaik namun mahasiswa masih belum bersedia lagi dengan cabaran, tambahan lagi pengalaman yang cetek memungkinkan graduan "gulung tikar" sekiranya melakukan sesuatu perniagaan. Ini bukan disebabkan kerana malas atau lemah untuk menjalankan perniagaan. Namun tempias kegawatan ekonomi menyebakan banyak perniagaan jatuh, dan tidak terkecuali tempias ini bakal terpalit kepada usahawan siwazah yang baru berjinak2 dalam sepak terajang perniagaan.
Disamping itu graduan juga dibebani dengan tunggakan bayaran pinjaman yang perlu diselesaikan jika tidak mahu meringkuk didalam penjara. Wajarkah seorang pelajar yang sudah berusaha keras selama 4 tahun untuk mendapatkan segulung ijazah disumbatkan kedalam penjara akibat tunggakan yang diterima nya. Mahasiswa kini ibarat mangsa harimau dan buaya menanti dimana nyawa yang akan masuk. Tidak kira mulut harimau atau buaya, masing akan dimasuki sekiranya masih belum nampak lagi peluang pekerjaan.
Posted by
Mahasiswa Malaysia
on
6:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment